Terdapat 772 berita berdasarkan kata kunci carian " rangka kerja"

DXN Meterai MoU Dengan Apex-Brasil Untuk Teroka Brazil, Intai Pelaburan US$50 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- DXN Holdings Bhd (DXN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Brazil (Apex-Brasil) untuk meneroka Brazil sebagai hab serantau yang berpotensi bagi operasi Amerika Latinnya.

Pelan MHIT Asas Dilancar, BNM Perkukuh Syarat Insurans Perubatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkukuh keperluan kawal selia untuk semua produk Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) berikutan pelancaran pelan MHIT asas yang diseragamkan, bertujuan untuk menambah baik perlindungan pengguna dan memastikan kemampanan premium jangka panjang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Mengakhiri Kenaikan Tiga Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan rekod kenaikan tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Keputusan BNM Kekalkan OPR Sejajar Dengan Asas Ekonomi - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras sedia ada adalah wajar memandangkan prospek pertumbuhan negara yang stabil dan keadaan inflasi yang boleh diurus, kata ahli ekonomi.

MMC Ports Sasar Penyatuan Digital, Ketahanan Operasi Sepanjang 2026

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.

Tadbir Urus Korporat Yang Kukuh Kunci Kepada Keyakinan Pelabur Dan Kestabilan -- Fadillah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Manforce Dapat Kelulusan Penyenaraian Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

MPOB Terima Kunjungan Delegasi Papua New Guinea, Teroka Peluang Kerjasama Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerima kunjungan hormat delegasi dari Papua New Guinea diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburannya Richard Maru untuk meneroka peluang kerjasama minyak sawit lebih mendalam dengan negara ini.

Penangguhan B50 Indonesia Buka Peluang Jangka Pendek Tingkatkan Eksport Minyak Sawit Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Keputusan Indonesia untuk menangguhkan pelaksanaan mandat biodiesel B50 memberi peluang jangka pendek kepada Malaysia untuk meningkatkan eksport minyak sawit, memandangkan langkah itu membantu mengekalkan kestabilan harga komoditi berkenaan.

RHB Lancar Rangka Kerja Untuk Sokong Syarikat Membuat Peralihan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- RHB Banking Group telah melancarkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan  Mampan (STFF) untuk menyokong pelanggan pada setiap peringkat transformasi kelestarian mereka.

Hungary Bangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni Bagi Ukur Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Hungary membangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni (H2DI) sebagai rangka kerja global baharu bagi mengukur pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat melangkaui keluaran dalam negara kasar (KDNK). 

Aset Kewangan Maybank GWM Cecah Lebih RM565 Bilion Disokong Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jumlah aset kewangan Maybank Group Wealth Management (GWM) mencecah lebih RM565 bilion setakat September 2025, disokong oleh momentum kukuh dalam pengurusan kekayaan Islam.