2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) - Kerajaan hanya akan membenarkan pengimportan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas yang mendapat sijil Halal daripada badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi piawaian dan standard halal ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
2bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.
2bulan ago
AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam perkara penting berkaitan kepentingan dan kedaulatan negara ketika rundingan mengenai tarif yang diadakan dengan Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia yakin dengan potensi peningkatan perdagangan dua hala dengan Uzbekistan, apabila kedua-dua negara giat memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu seperti pensijilan halal, kewangan Islam, pelancongan dan teknologi hijau.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Qhazanah Sabah Bhd (QSB) hari ini menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Bina Indah Development Sdn Bhd untuk pembangunan The Hill @ Damai dekat sini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) memanfaatkan kewangan Islam untuk mempercepat transformasi perindustrian negara, khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan termaju, teknologi hijau, ekonomi digital dan industri halal.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Halal International Selangor (HIS), sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated, sedang membantu membentuk sempadan halal seterusnya, bukan sekadar satu standard tetapi sebagai enjin pemacu akses pasaran, inovasi dan pertumbuhan inklusif.