Terdapat 89 berita berdasarkan kata kunci carian " penerbitan"

Sekatarakyat Lancar Sukuk Wakalah RM2 Bilion

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.

Banci Ekonomi 2026 Sasar 1.2 Juta Pertubuhan Di Malaysia -- DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi, Disokong Saham Perbankan, Pengguna

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.

Ringgit Terus Meningkat Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan apabila ditutup lebih tinggi untuk hari keenam berturut-turut hari ini, didorong oleh keyakinan yang meningkat semula mengenai kemungkinan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah.

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

USABC Lancar Edisi Ketujuh 'ASEAN Matters For America, America Matters For ASEAN'

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dengan kerjasama Pusat Timur-Barat di Washington dan Institut ISEAS-Yusof Ishak, baru-baru ini telah melancarkan penerbitan edisi ketujuh 'ASEAN Matters for America, America Matters for ASEAN' di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) di Kuala Lumpur. 

Pelabuhan Tanjung Pelepas Terbit Sukuk Hijau Pertama Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berjaya menerbitkan sukuk hijau pertamanya, sebagai usaha untuk mengukuhkan pelaburan dalam pembangunan pelabuhan yang lebih mampan

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

Bioeconomy Corporation, UMK Jalin Kerjasama Pacu Pembangunan Bakat, Usahawan Bio Di Kelantan

BACHOK, 14 Okt (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam membangunkan bakat serta usahawan bio.

Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM168.3 Bilion, Naik 2.7 Peratus Pada Ogos 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.