9hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengulangi komitmennya untuk memacu peralihan tenaga yang adil dan bertanggungjawab, pada masa sama terus memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham, negara, dan rakyat.
10hari ago
JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, melancarkan projek perumahan terbaharu, Residensi Mutiara yang menerapkan ciri-ciri pembangunan lestari.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Logam berharga seperti emas dan perak tetap memainkan peranan penting sebagai salah satu instrumen strategi pelaburan dalam lindung nilai ekonomi yang tidak menentu meskipun korelasi songsang antara mata wang dan pergerakan emas telah berubah terutamanya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia terus merekodkan lebihan dalam Imbangan Akaun Semasa (CAB) dalam suku pertama 2026 (S1 2026) berjumlah RM15.2 bilion, bersamaan dengan 3.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara ketara lebih tinggi berbanding RM2.7 bilion pada suku keempat 2025 (S4 2025).
17hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN menganggap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa membabitkan sektor penerbangan sebagai peluang bagi menyemarakkan kerjasama serantau selain mempercepat pembaharuan yang lama tertangguh.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd melahirkan komitmen untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan penyelesaian insurans yang disesuaikan bagi mengukuhkan daya tahan termasuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan pengembangan persekitaran risiko di tengah-tengah tekanan ekonomi.