10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memperluaskan asas cukai dengan memasukkan lebih banyak sektor ke dalam rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah selaras dengan trend global dan mencerminkan pendekatan pragmatik terhadap kemampanan fiskal, menurut Institut Cukai Bertauliah Malaysia (CTIM).
10hari ago
PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menggesa kerajaan untuk terus menangguhkan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melangkaui tarikh baharu pada 1 Jun, 2025, berikutan impaknya terhadap perniagaan serta pengguna.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kadar inflasi akan meningkat secara sederhana pada 2025 dalam julat dua peratus hingga 3.5 peratus, menurut Kementerian Kewangn (MoF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Senarai muktamad peluasan skop dan semakan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025 selepas proses libat urus diselesaikan bagi membolehkan persediaan secukupnya sebelum perubahan SST dikuatkuasakan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MoF).
8bulan ago
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei & Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.