Terdapat 617 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata para peniaga.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Alami Tekanan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka masih mengalami tekanan pada minggu depan apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi berterusan seiring trajektori semasanya.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan positif minggu depan, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat-Iran, kata seorang peniaga.

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan dengan ketidaktentuan minggu depan ketika pelabur menilai semula implikasi daripada konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Namun Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding beberapa mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Persekitaran Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, meskipun sentimen berhati-hati yang berterusan susulan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan pasaran mengambil kira musim pelaporan pendapatan korporat yang terkini dan ketidaktentuan sektor teknologi global.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Mendatar Pada 1,710–1,740 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar dalam julat 1,710 hingga 1,740 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, berikutan jangkaan pengeluaran yang rendah. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Teruskan Momentum Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari pertama dagangan minggu ini, meneruskan momentum minggu lepas dalam persekitaran sentimen pelabur bertambah baik susulan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat (AS).

Jualan Bersih Asing Kembali Dalam Minggu Dagangan Singkat Susulan Cuti Tahun Baharu Cina - MBSB

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri aliran belian bersih mereka selama enam minggu pada minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM65.7 juta dalam minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB).