1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kalangan penjual atau peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Asia Tenggara dan Taiwan, berjaya mencatat jualan bernilai lebih US$270 bilion menerusi Shopee sejak pelancaran platform e-dagang itu pada 2015.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman dari Sabah menjangkakan permintaan yang lebih kukuh daripada sektor pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, disokong oleh ketibaan pelancong yang meningkat dan penggunaan yang stabil dari hotel serta kedai runcit.
1bulan ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah menaik taraf 2,976 tapak ke liputan 5G yang memberikan 58.2 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober tahun ini, kata Kementerian Komunikasi.
2bulan ago
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Kehadiran Malaysia melalui penyertaan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) amat membanggakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar pengasingan (ringfencing) peruntukan dengan menetapkan satu paras minimum yang dilindungi bagi program kebajikan dan infrastruktur di desa seperti jalan raya, klinik dan hospital.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jumlah kedai rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 8,700 di seluruh negara setakat 3 November, 2025 berbanding 700 termasuk kedai kecil pada 2024 dan bilangan ini dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 88.08 peratus berikutan penyiapan Segmen C1B, yang menandakan kejayaan fasa awal kerja-kerja awam di sepanjang penjajaran dari Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak.
2bulan ago
PENAMPANG, 4 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM18.9 juta bantuan kewangan menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus telah diluluskan kepada 182 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ketika Malaysia menutup tirai Kepengerusian ASEAN dengan penganjuran Sidang Kemuncak 2025, momentum mengenai kemampanan dan pendigitalan kini perlu diterjemahkan kepada tindakan jangka panjang melalui pembangunan kapasiti, tadbir urus yang beretika, dan piawaian bersama untuk memastikan pertumbuhan rantau ini kekal berdaya tahan dan inklusif.
2bulan ago
KINABATANGAN, 1 Nov (Bernama) -- Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 2, Tahun 2025 berjumlah RM207 juta.