BERITA TERKINI   Malaysia dilihat berpotensi dalam pelaburan, teknologi baharu dan AI hasil usaha berpasukan penjawat awam - PM Anwar | Sukan SEA 2025: Malaysia rangkul pingat perak badminton berpasukan lelaki, tumpas kepada Indonesia 0-3 | Pertumbuhan ekonomi pada 2026 akan dipacu oleh jangkaan perbelanjaan domestik yang kukuh, disokong kadar inflasi sederhana dan peningkatan pendapatan - Amir Hamzah | Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 dapat mencapai 4.8 peratus, paras ambang tertinggi yang disasarkan - Amir Hamzah | Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035, hala tuju baharu sektor pendidikan tinggi negara akan dilancarkan Januari 2026 - Zambry | 

Terdapat 230 berita berdasarkan kata kunci carian " lapangan terbang"

Tiada Isu Persepsi Negatif Pembeli Eropah Mengenai SAF Berasaskan Sawit - Johari

JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.

PM Anwar Tiba Di Kenya Bagi Singgahan Terakhir Lawatan Rasmi Ke Afrika

Oleh M. Saraswathi

NAIROBI, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nairobi, Kenya, pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) singgahan terakhir beliau dalam rangka lawatan rasmi ke tiga negara Afrika.

PM Anwar Berlepas Ke Afrika Selatan Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20

Oleh M. Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Ethiopia ke Johannesburg, Afrika Selatan yang menjadi negara kedua daripada tiga negara yang dikunjungi beliau di Afrika, selepas mengakhiri lawatan di sini.

PDT, SD Guthrie, Ecoworld Bangunkan Eco Business Park 8 Di Kulai, Johor

JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor. 

Malaysia Antara Pihak Gesa Kerjasama Global Lebih Kukuh Bagi Tindakan Iklim Penerbangan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bersama Malaysia, Jepun dan pihak berkepentingan utama industri penerbangan, menggesa kerajaan dan komuniti antarabangsa untuk mengesahkan lagi kepimpinan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selain mempercepat tindakan iklim diselaras ke arah penerbangan karbon sifar bersih menjelang 2050.

PM Anwar Tiba Di Addis Ababa, Ethiopia Bagi Mulakan Lawatan Bersejarah Ke Afrika

Oleh M.Saraswathi

ADDIS ABABA, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada 4.10 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi di sini, menandakan bermulanya lawatan sulung beliau ke benua Afrika dan fasa baharu dalam hubungan Malaysia dengan rantau itu.

PM Anwar Berlepas Ke Ethiopia , Persinggahan Pertama Dalam Lawatan Ke Tiga Negara Di Afrika

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr. Abiy Ahmed Ali.

Malaysia Perlukan Syarikat Multinasional Tempatan Dalam Sektor Perkhidmatan, Pembuatan

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mengembangkan syarikat multinasional (MNC) sendiri dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.

Pelan Tindakan Aerotrain Akan Diaktifkan Esok - MAHB

SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengaktifkan pelan tindakan komprehensif (CAP) bermula esok bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan daya tahan sistem Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

9 Air Lancar Penerbangan Sewa Khas Haikou-Pulau Pinang Mulai 18 Nov

GEORGE TOWN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah China, 9 Air akan melancarkan penerbangan sewa khas antara Haikou, Hainan dan Pulau Pinang mulai 18 Nov ini, sekali gus memperkukuh kesalinghubungan udara antara kedua-dua destinasi berkenaan.

Sistem Trafik Baharu KLIA Urus Pergerakan 45,000 Kereta Setiap Hari

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports sedang menguji Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap operasi lapangan terbang yang lebih pintar, selamat dan cekap.

Projek Eco Business Park 7 Dengan GDV RM3 Bilion Pacu Pertumbuhan Industri N. Sembilan

NILAI, 11 Nov (Bernama) -- Projek Eco Business Park 7 (EBP 7) dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi dan perindustrian Negeri Sembilan di bawah pelan induk Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).