4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) telah melabur lebih RM4 bilion dalam pembangunan Desaru Coast dan Legoland Malaysia Resort, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) diseru untuk melabur dalam modal insan selain tumpuan kepada mesin atau teknologi bagi mengukuhkan daya saing global mereka, kata Presiden Kehormat Konsortium Syarikat-Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Sakura Ferroalloys Sdn Bhd mengumumkan tiga pencapaian utamanya iaitu pembukaan kilang sinter yang baru dibina dan penukar feromangan ditapis dengan jumlah pelaburan sebanyak RM487.5 juta, serta pemegang saham keempatnya, JFE Mineral & Alloy Co Ltd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- GE Aerospace telah mengumumkan rancangannya untuk melabur sebanyak US$75 juta (US$1=RM4.21) bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta kemudahan pembaikan komponennya di rantau Asia Pasifik (APAC) hingga akhir 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Scanfil, syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah, telah melabur RM15.8 juta untuk mengembangkan serta memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru, Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Malaysia mempelawa platform e-dagang sehenti China, JD.com untuk melabur di Gudang Pintar Selangor Aeropark bagi mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab logistik serantau.
6bulan ago
TIANJIN (China), 1 Sept (Bernama) -- Syarikat konglomerat China terkemuka, Rianlon Corporation menyatakan komitmen untuk melabur sebanyak RM820 juta bagi membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kalangan persatuan minyak sawit di Malaysia menyeru agar kerajaan melabur semula kutipan daripada cukai keuntungan luar biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi.