Terdapat 461 berita berdasarkan kata kunci carian " kredit"

BNM: Transaksi E-Pembayaran Meningkat Sebanyak 25 Peratus Kepada 18.4 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Transaksi e-pembayaran meningkat sebanyak 25 peratus kepada 18.4 bilion pada 2025 berbanding 14.7 bilion yang direkodkan semasa 2024, dengan setiap rakyat Malaysia membuat 538 e-pembayaran pada 2025, peningkatan sebanyak 25 peratus daripada 432 pada 2024.

Kualiti Kredit Pinjaman Perniagaan Meningkat, Kata BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara keseluruhannya meningkat tanpa perbezaan trend yang ketara merentas segmen dan sektor dengan bahagian pinjaman terjejas dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan risiko kredit perniagaan bertambah baik, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 10.7 peratus.

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana Antara 1.5 - 2.5 Peratus Pada 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, berpurata antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2026 walaupun harga komoditi global diunjurkan mengalami turun naik yang lebih besar berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Pinjaman Isi Rumah Kukuh Disokong Pasaran Tenaga Kerja Menggalakkan – BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pinjaman isi rumah kukuh pada akhir 2025, disokong oleh keupayaan membayar hutang yang tinggi dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, dengan nisbah pinjaman terjejas kekal stabil pada 1.0 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Nisbah Modal Sistem Perbankan Malaysia Kukuh Pada 18.1 Peratus Kepada RM139.3 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Nisbah jumlah modal sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada 18.1 peratus daripada jumlah aset berwajaran risiko berbanding 18.2 peratus pada Jun 2025, dengan lebihan penampan modal berjumlah RM139.3 bilion daripada RM138.9 bilion sebelumnya, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Sistem Kewangan Kekal Berdaya Tahan Disokong Persekitaran Kawal Selia Berhemat, Teguh - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Sistem Perbankan Dijangka Kekal Berdaya Tahan Berdasarkan Senario Ujian Tekanan - BNM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun di bawah keadaan makroekonomi yang buruk berdasarkan andaian senario ujian tekanan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna Tepat, Lindung Daripada Penyedia Kredit Dan BNPL - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna adalah tepat serta penting bagi melindungi pengguna melalui pengawalan dan penyeliaan ke atas penyedia perkhidmatan kredit dan perkhidmatan kredit bukan bank yang tidak dikawal selia sebelum ini, termasuk penyedia skim ‘beli sekarang bayar kemudian’ (BNPL).

Risiko Siber Kekal Keutamaan Institusi Kewangan Menjelang 2026 — BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Risiko siber kekal menjadi keutamaan bagi institusi kewangan berikutan ancamannya yang semakin canggih serta memberi kesan terhadap aspek operasi, prestasi kewangan serta reputasi menjelang 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Berdaya Tahan Hadapi Tekanan Fiskal Meningkat Sewaktu Harga Minyak Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.

Akta Khusus BNPL Lindung Pengguna Terutama Generasi Muda Daripada Bebanan Hutang

​​​​​KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Penggubalan satu akta khusus berkaitan skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) adalah penting untuk melindungi pengguna terutama generasi muda daripada bebanan hutang yang tinggi.

George Kent Terbit Sukuk RM80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.