Terdapat 3709 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan "

Bursa Malaysia Sasar Permodalan Pasaran IPO RM28 Bilion Pada 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menyasarkan permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah RM28 bilion tahun ini, meningkat daripada RM27.4 bilion yang dicapai pada 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dengan kebanyakan sektor ditutup lebih rendah ketika pasaran berada dalam fasa penstabilan, kata seorang penganalisis.

IPO Ambest Terlebih Langgan 46.07 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Ambest Group Bhd menerima minat pelabur yang tinggi dengan bahagian awamnya terlebih langganan sebanyak 46.07 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Feb, 2026.

BNM Kenakan Penalti Ke Atas Empat Institusi Akibat Kegagalan Patuhi AML/CFT

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan empat tindakan penguatkuasaan dengan penalti dan kompaun dikenakan ke atas dua institusi kewangan dan dua syarikat kerana gagal mematuhi keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT).

Anak Syarikat MCE Holdings Peroleh Kontrak Bekalan Proton Bernilai RM37.9 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Anak syarikat MCE Holdings Bhd (MCE), iaitu Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd dan MCE Hengtuo Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM37.9 juta daripada pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton). 

AXIS-REIT Sasar Ambil Alih Lebih Banyak Aset Industri Tahun Ini

PETALING JAYA, 29 Jan (Bernama) -- Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) menyasarkan untuk melaksanakan lebih banyak usaha pengambilalihan pada 2026 dengan menumpukan kebanyakannya aset-aset perindustrian.

Untung Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM250.16 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM250.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, menyusut daripada RM310.12 juta pada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam jumlah dagangan sekuriti.

Malaysia Perlu Jadi Negara Teknologi, Selaraskan Modal, Dasar Dan industri- Liew

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu mengubah pendekatan daripada menjadi negara perdagangan kepada negara berteraskan teknologi, menyelaraskan modal, dasar dan industri untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan teknologi termaju sedia ada, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari, berbanding aliran serantau, susulan jualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih akibat aktiviti pengambilan untung.

MOF Teliti Kesesuaian Pengeluaran Caruman KWSP Untuk MHIT - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.

Industri Insurans, Takaful Komited Pastikan Tuntutan Tepati Masa, Sokong Pelan MHIT

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Industri insurans dan takaful Malaysia komited untuk memastikan sebarang tuntutan diproses secara cekap dan dibayar tepat pada masanya serta komunikasi yang jelas dengan pihak hospital bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat rawatan dengan segera.

2,554 Fail Pusaka Bernilai Kecil Diselesaikan Amanah Raya Pada 2025 - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sebanyak 2,554 fail melibatkan pusaka bernilai RM3,000 dan ke bawah telah diselesaikan oleh Amanah Raya Bhd sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.