Terdapat 142 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan madani"

MDV Lulus Pembiayaan RM122.65 Juta Di Bawah Kemudahan Peralihan Tenaga Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) meluluskan pembiayaan berjumlah RM122.65 juta kepada enam buah syarikat berasaskan teknologi yang melaksanakan projek peralihan tenaga di bawah Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional (NETF).

Kadar Tarif Baharu AS Masih Tempatkan Malaysia Dalam Kedudukan Kompetitif - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia masih meletakkan negara dalam kedudukan yang kompetitif secara keseluruhannya, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kerajaan Berjaya Kurangkan Hutang Baharu, Defisit Fiskal Terus Menyusut -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hutang baharu negara berkurang secara berperingkat meskipun berdepan polemik politik yang berterusan mengenai kedudukan keseluruhan hutang negara.

BYD Akan Buka Kilang Di Tanjong Malim, Pengeluaran Pertama Dijangka 2026 - Exco

TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

Pengurusan Kewangan Negara Mesti Dilaksana Berhemah Selaras Semangat FRA - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 (Ogos) -- Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kerajaan Tidak Laksana Projek Mega, Fokus Perbelanjaan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memilih untuk tidak melaksanakan projek mega yang memberi kesan terhad kepada rakyat dalam masa terdekat setelah mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

SST Lebih Progresif Berbanding GST, Fokus Agihan Beban Cukai Secara Adil -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) – Kerajaan memilih untuk mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan peluasan skop setelah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua sistem percukaian kepenggunaan SST dan juga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

YCH Fusionaris Labur RM500 Juta Di Klang Bukti Potensi Pelaburan Jadi Realiti - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pelaburan strategik oleh YCH Fusionaris Sdn Bhd membuktikan potensi pelaburan kini direalisasikan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pertumbuhan KDNK Bukti Dasar Ekonomi MADANI Jana Hasil - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Dalam ekonomi global berdepan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada separuh pertama 2025 membuktikan dasar-dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI menjana hasil untuk negara dan rakyat khususnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelaburan RM550 Juta Ferrotec China Di Johor Dijangka Jana Eksport Tahunan RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.

Projek Pembinaan Di Bawah RMK-13 Tumpu Penggunaan Teknologi Moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

Anwar Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Mitsubishi UFJ Financial Group

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.