Terdapat 111 berita berdasarkan kata kunci carian " kelapa sawit"

Sektor Minyak Sawit Mampu Bantu Malaysia Capai Sasaran Pelepasan Sifar Bersih -- MPOB

GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit boleh menjadi penyumbang utama ke arah matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan bukannya sebagai liabiliti, kerana ladang kelapa sawit matang menyerap sejumlah besar karbon dioksida (CO2). 

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, berikutan jangkaan bahawa pengeluaran minyak sawit akan meningkat, kata seorang peniaga.

Pengeluaran MSM Malaysia 2025 Dijangka Melebihi 19.5 Juta Tan - Pengerusi MPOB

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi 2025 dijangka melebihi pengeluaran tahun lepas, dengan unjuran menunjukkan jumlah pengeluaran boleh melebihi 19.5 juta tan, meningkat daripada 19.3 juta tan yang direkodkan pada 2024.

Ethiopia Jadi Pintu Masuk Produk Malaysia Ke Afrika - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Fokus Minyak Sawit Mampan, Hormati Dasar Tanah Indonesia Berkaitan Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia memberi keutamaan kepada peningkatan hasil minyak sawit seiring pengeluaran mampan dan menghormati langkah yang diambil Indonesia berhubung tanah yang dikaitkan dengan perladangan kelapa sawit.

Untung Bersih TH Plantations Naik Kepada RM31.6 Juta Susulan Harga Produk Sawit Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

Tarif AS Tidak Jejas Kos Input Ladang Sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.

NIMP 2030 Bakal Lonjak Sabah Sebagai Hab Pembuatan Hiliran Dan Tenaga Boleh Baharu - Zafrul

KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Sabah terus mencuri tumpuan sebagai hab pelaburan baharu negara apabila mencatat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM11.37 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh Januari hingga Jun 2025.

 

Harga MSM Dijangka Didagangkan Antara RM4,300 Hingga RM4,600 Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,300 hingga RM4,600 satu tan menjelang separuh pertama 2026, dengan kecenderungan menaik pada awal tahun depan berikutan pemulihan dalam pengeluaran selain kejelasan dasar yang bertambah baik.

Sabah Pengeluar Minyak Sawit Mentah Terbesar Malaysia, Hasilkan 4.27 Juta Tan Pada 2024 - KPK

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Sabah menjadi negeri pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di Malaysia dengan kadar pengeluarannya sebanyak 4.27 juta tan pada 2024, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lebih lembap untuk komoditi itu, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

KDNK Suku-3 Malaysia Diunjur Berkembang 5.2 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -  Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku Ketiga 2025, peningkatan daripada pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).