Terdapat 38 berita berdasarkan kata kunci carian " industri tenaga"

Pelan Strategik Utama RMK13 Rangsang Industri Pertumbuhan Tinggi Nilai Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.

Malaysia Sasar Jadi Ekonomi Utama Dunia Menjelang 2030 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) --  Malaysia menyasarkan untuk bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dengan identiti tersendiri berasaskan budaya dan hikmah Timur, sekali gus muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang 2030.

Melakar Masa Depan: RMK13 Beri Tumpuan Kepada Penciptaan Nilai Bagi Pacu Pertumbuhan, Peruntukan Pembangunan RM430 Bilion

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.

Lion Logistics Group Sasar Kerjasama Strategik Pada Persidangan Minyak, Gas Dan Tenaga Sabah

KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Lion Logistics Group yang berpangkalan di Labuan memanfaatkan penyertaannya dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) ke-12 untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya serta menjalin perkongsian strategik dalam sektor tenaga serantau.

Petronas Lancar P-ETA Bagi Percepat Pembangunan Pekerja Industri Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan kongsinya melancarkan Akademi Peralihan Tenaga Petronas (P-ETA) pada persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung di sini hari ini.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Energy Asia 2025 Tumpu Isu Geopolitik, Landskap Makro Industri Tenaga -- Petronas

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Forum Energy Asia 2025 edisi kedua akan memberi tumpuan kepada isu geopolitik dan landskap makro yang melibatkan industri tenaga, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.

ABB Sasar Lebih Banyak Kerjasama Dengan Syarikat Tempatan Untuk Peralihan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Syarikat teknologi global, ABB Malaysia Sdn Bhd berminat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan syarikat dan agensi tempatan untuk menyokong matlamat Malaysia dalam peralihan tenaga.

Pengembangan Fasa 2 EVE Energy Cipta Lebih 1,000 Pekerjaan – MIDA

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pengembangan Fasa 2 EVE Energy Co Ltd (EVE Energy) akan mencipta lebih 1,000 pekerjaan, menegaskan komitmennya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).  

Wasco Catat Prestasi Kewangan Terbaik Tahun Kewangan 2024, Umum Dividen 2 Sen

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.

Keuntungan Petronas Susut 32 Peratus Kepada RM55.1 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.