BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 4724 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

KDNK 2025 Catat Pertumbuhan 4.9 Peratus, Cermin Keberkesanan Reformasi Ekonomi MADANI - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi ambang unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus mencerminkan keberkesanan reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Operasi RDMP Balikpapan Tingkat Kapasiti Penapisan Indonesia

JAKARTA, 16 Jan (Bernama) - Selepas hampir sedekad pembangunan, projek Pelan Induk Pembangunan Penapisan Minyak (RDMP) Balikpapan, inisiatif utama di bawah program RDMP nasional PT Pertamina (Persero) kini memasuki fasa awal operasinya.

DOSM Unjur Ekonomi Berkembang 5.7 Peratus Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Lebih Rendah Ketika Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini lebih rendah ketika aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih.

KDNK Suku Keempat 2025 Dijangka Catat Pertumbuhan Positif

JOHOR BAHRU, 16 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2025 yang akan diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, dijangka menunjukkan pertumbuhan yang positif.

SJPP Jangka 2026 Lebih Baik Bagi PMKS, Sokong Pelaburan Teknologi & Pengembangan Syarikat

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menjangkakan 2026 menjadi tempoh yang lebih baik untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), disokong persekitaran ekonomi yang lebih stabil serta peluasan semula sokongan pembiayaan kepada pelbagai segmen perniagaan.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Catat Aliran Pekerjaan Kukuh Pada 2026 - HLIB

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembinaan dijangka mencatatkan aliran pekerjaan yang tinggi pada 2026, disokong oleh aliran kontrak positif yang menumpukan projek infrastruktur serta pusat data yang berterusan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi Paras 1,720

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street dan sentimen tempatan yang lebih baik menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 yang akan dikeluarkan hari ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran KDNK Suku Keempat

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 Malaysia hari ini.

Harga Minyak Mentah Brent Turun Lebih Empat Peratus Susulan Ketegangan AS–Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent susut lebih empat peratus pada Khamis selepas Iran, satu daripada pengeluar minyak terbesar memberi amaran iaitu negara itu akan bertindak balas terhadap ancaman asing.

Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Terbaik Di Rantau Ini - ABAC

Oleh K. Naveen Prabu

ABU DHABI, 16 Jan (Bernama) -- Komuniti perniagaan terus melihat Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan yang terbaik di rantau ini, menurut Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).

Disiplin Fiskal, Prospek Pertumbuhan Tingkat Tarikan Malaysia Kepada Pelabur Asing - Moomoo

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Trajektori fiskal Malaysia yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang mampan telah meletakkan negara ini sebagai destinasi yang menarik untuk pelaburan asing, khususnya dalam sektor seperti infrastruktur, perkhidmatan kewangan dan tenaga boleh baharu.