Terdapat 293 berita berdasarkan kata kunci carian " dewan rakyat "

Perniagaan Digesa Percepat Guna AI Menjelang Sasaran 2030

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.

Tiada Pengecualian Cukai Jualan Ke Atas Barangan Diimport Melalui Portal Luar Negara - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan Kutip RM73.81 Juta Duti Eksais Minuman Bergula Dari Januari Hingga November 2025 - MoF

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengutip duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) sebanyak RM73.81 juta dari Januari sehingga November 2025, menjadikan jumlah keseluruhan hasil duti eksais ke atas SSB sebanyak RM521.35 juta, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Perjanjian ART Tidak Jejas Kedaulatan Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya memperkukuh kerjasama perdagangan digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Malaysia Komited Muktamad DEFA Tahun Hadapan - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneruskan usaha menggunakan pendekatan menyeluruh ke arah memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun hadapan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

KKDW Sedang Sedia Kertas Kerja Program Tingkat Produktiviti Getah

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) sedang menyediakan kertas kerja berhubung pelaksanaan program peningkatan produktiviti getah yang bertujuan meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan kalangan pekebun kecil. 

Tiada Pesawat Malaysia Airlines Digantung Operasi Pada Masa Ini - MOT

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Tiada pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang digantung operasi akibat masalah teknikal ketika ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teliti Keperluan Dasar Atau Larangan Melombong Bitcoin Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Menangani Isu Penggunaan Elektrik Secara Curang Untuk Aktiviti Perlombongan Bitcoin akan membincangkan keperluan mewujudkan dasar khas aktiviti melombong bitcoin atau mengharamkannya dalam mesyuarat pertama, 25 November ini.

Seramai 13,679 Jurutera, Tenaga Mahir Diserap Dalam Industri Semikonduktor Sejak Pelancaran NSS

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Seramai 13,679 jurutera dan tenaga mahir teknikal berjaya dilatih, diperakui kemahiran serta diserap dalam pelbagai segmen industri semikonduktor sejak pelancaran Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) pada Mei 2024, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Peningkatan Pengeluaran Getah Asli Kurangkan Import, Beri Penjimatan RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan berpendapat peningkatan pengeluaran getah asli kepada sekurang-kurangnya 400,000 tan getah sekerap dan 20,000 tan lateks secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada import dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 bilion.

Tarif AS Tidak Jejas Kos Input Ladang Sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.

MOF Nafi Dakwaan Petronas Ambil 95 Peratus Hasil Minyak Borneo

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.