BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | 

Terdapat 5630 berita berdasarkan kata kunci carian " dat"

Dana Pengkomersialan Percepat Kemasukan Teknologi Tempatan Ke Pasaran - Chang

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan Dana Pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi membantu teknologi tempatan yang telah dibangunkan untuk digunakan dan dipasarkan secara lebih meluas.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Pertumbuhan Ekonomi Catat Prestasi Positif, Atasi Unjuran Awal - Fahmi

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding angka pada tempoh sama tahun lepas merupakan prestasi yang cukup positif dan mengatasi unjuran awal.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Penggunaan SIMS Cecah 95 Peratus Dalam Kalangan Pemegang Lesen MPOB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Lebih 95 peratus pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) daripada pelbagai kategori kini aktif menggunakan Sawit Intelligent Management System (SIMS), menurut lembaga itu.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Ringgit Naik 3.9 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Suku Keempat 2025 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. 

Ringgit Dibuka Mengukuh Didorong Dolar AS Rendah, Optimisme Terhadap Kdnk Suku Keempat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Jumaat, berada hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir lapan tahun didorong oleh dolar AS rendah secara berterusan dan prospek ekonomi domestik yang lebih baik meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.

TNB, PKNS Bekerjasama Melalui TNEC Dan PFMI Bangunkan, Kendali Sistem Penyejukan Berpusat Di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melalui anak syarikat masing-masing TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI), memeterai kerjasama strategik untuk membangunkan dan mengendalikan Sistem Penyejukan Berpusat di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Petronas Tiada Rancangan Kurangkan Pengeluaran O&G Di Sabah- Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Petronas tidak merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan gas (O&G) di Sabah walaupun O&G sedunia menghadapi cabaran penurunan harga yang mendadak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Singapura Bentang Belanjawan 2026 Bagi Memacu Usaha Memperbaharui Strategi Ekonomi

SINGAPURA, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini membentangkan Belanjawan 2026, dengan tumpuan kepada meningkatkan usaha memperbaharui strategi ekonomi negara.