Terdapat 183 berita berdasarkan kata kunci carian " dalam talian"

CIMB Lanjut Penangguhan Pembayaran Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan pelan bantuan banjir CIMB masih tersedia bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat banjir di Sabah baru-baru ini.

MATRADE Sasar Jualan RM2.5 Bilion Pada INSP MIHAS 2025

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) menyasarkan jualan bernilai RM2.5 bilion melalui lebih daripada 4,000 mesyuarat perniagaan secara satu dengan satu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Risiko Penipuan Dikuasakan AI Meningkat, Sektor Utama Digesa Tingkat Sistem Pertahanan – Fortinet

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Penipuan yang dijana kecerdasan buatan (AI) pantas muncul sebagai ancaman keselamatan siber yang ketara di Malaysia, dengan institusi kewangan, agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan sektor runcit antara yang paling terdedah, kata firma keselamatan siber Fortinet.

Pernah Corot Akademik, Ivan Khong (Boss A) Kini Usahawan e-Dagang Berjaya

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengalaman sebagai pelajar lemah terbukti bukan penghalang Pengasas SCE Distributor Sdn Bhd Ivan Khong (Boss A) untuk bertatih membina kerjaya dalam penjualan komputer terpakai dan jualan langsung dalam talian.

Takaful Malaysia Tawar Perlindungan Insurans Bukan Motor

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meluaskan portfolionya melangkaui kekuatan terasnya dalam produk berkaitan kredit dan takaful motor dengan menawarkan perlindungan insurans hayat individu.

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Pada Julai Naik 5 Peratus Kepada RM156.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Julai 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM156.4 bilion, dengan pertumbuhan lima peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Syarikat Seramik Nagasaki Berminat Kembang Perniagaan Ke Malaysia

NAGASAKI (Jepun), 7 Sept (Bernama) – Maruhiro Inc., syarikat perdagangan seramik yang berpangkalan di wilayah Nagasaki, Jepun, berminat untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia.

Kepelbagaian ASEAN Kunci Kepada Daya Tahan Perdagangan - Ahli Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- ASEAN berada di landasan yang betul dari segi perdagangan, pertumbuhan dan pelaburan, dengan kepelbagaian intra blok yang menyokong daya tahan.

ASM 2 Wawasan Isytihar Agihan Pendapatan Berjumlah RM1.18 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan).

Permintaan Tembikar Tradisional Jepun Dijangka Berkembang Di Malaysia

ARITA (Jepun), 25 Ogos (Bernama)  -- Permintaan terhadap tembikar tradisional Jepun dengan reka bentuk estetik dijangka terus berkembang di Malaysia dan pasaran luar negara lain, kata Shobido-Honten, syarikat perdagangan tembikar yang berpusat di bandar Arita wilayah Saga.

Aroma Herba, Laci Kayu Lambang Warisan Kedai Ubat Kien Fatt

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Di sepanjang Jalan Petaling yang sibuk, dengan kemeriahan pelancong tawar-menawar harga untuk membeli cenderahati dan peniaga giat mempromosikan barangan jualan mereka kepada pelanggan, terdapat sebuah kedai lama, Kedai Ubat Kien Fatt terletak di bangunan warisan yang melambangkan elemen perpaduan Malaysia.