Terdapat 2939 berita berdasarkan kata kunci carian " buka"

Pelarasan Perbelanjaan Libat Tidak Kritikal, Perkhidmatan Teras Diteruskan - MOF

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan diteruskan seperti diluluskan dalam Belanjawan 2026.

Pemangku Sultan Johor Bangga Prestasi Memberangsangkan Johor Sejak Empat Tahun Lepas

ISKANDAR PUTERI, 30 April (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Johor yang mencatat prestasi memberangsangkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, termasuk kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM272 bilion.

Bebas Cukai : Labuan Mahu Status Dikembalikan Seperti Cadangan Bagi Langkawi -- LC

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 29 April (Bernama) -- Langkah mengembalikan status bebas cukai kepada Labuan perlu diberi pertimbangan sewajarnya sepertimana cadangan untuk Langkawi dalam usaha menyokong sektor pelancongan, runcit serta perniagaan di wilayah berkenaan, menurut Perbadanan Labuan (LC).

Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Sokong Cadangan Bina Kilang Penapisan Minyak

LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.

Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Gesa LPKP Tubuh Cawangan Labuan Bagi Perkasa Industri Pengangkutan, Logistik

LABUAN, 29 April (Bernama) -- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) digesa menubuhkan sebuah cawangannya di sini bagi mempermudah urusan syarikat pengangkutan dan logistik yang beroperasi di pulau berkenaan.

Tindakan UAE Jejas Disiplin Pengeluaran OPEC, Risiko Selat Hormuz Kekal - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+, dijangka tidak menjejaskan pakatan itu dalam masa terdekat.

Peralihan Tenaga Kian Pesat, Pelaburan Trilion Dolar Pacu Perubahan Global

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Usaha peralihan tenaga di seluruh dunia terus berkembang pesat walaupun dalam persekitaran geopolitik yang semakin kompleks, dengan pelaburan dianggarkan mencecah US$3.3 trilion (US$1 = RM3.95) pada tahun lepas.

Khazanah, SC Laksanakan Penetapan Harga Sukuk Token Pertama, Nilai Nominal RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), berjaya melaksanakan penetapan harga bagi sukuk ditokenkan pertama di Malaysia dengan nilai nominal RM100 juta.

Pembangunan Hab Aeroangkasa Sepang Pacu Transformasi IDRISS

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Cadangan pembangunan industri berfokuskan aeroangkasa di Sepang dijangka menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi serantau di bawah kerangka Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS).

Kerajaan Perkukuh Daya Tahan Ekonomi, Jamin Bekalan Tenaga Dan Kos Tidak Meningkat - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kerajaan bukan sekadar menumpukan kepada penstabilan harga, malah memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Keperluan Tingkat Akses Kredit Lebih Inklusif Khusus Kepada Usahawan Baharu - KUSKOP

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Usaha memperluas akses kredit yang lebih inklusif kepada usahawan baharu dan peminjam kali pertama menjadi tumpuan utama dalam pertemuan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong dan  Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour hari ini.

Penarikan Balik Cukai Pegangan Beri Kesan Minimum Kepada KLCCP Stapled Group

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penarikan balik cukai pegangan sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia memberi kesan minimum terhadap KLCCP Stapled Group disebabkan oleh komposisi pemegang sahamnya.