2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dengan kecenderungan kenaikan sederhana minggu depan, memandangkan pelabur terus menilai pelbagai perkembangan geopolitik luaran yang kompleks.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia berpotensi muncul sebagai hab rantaian bekalan pilihan bagi firma-firma global sekiranya ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS)-China tidak reda selepas berakhirnya rundingan membabitkan pemimpin kedua-dua negara itu hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.
3hari ago
LABUAN, 15 Mei (Bernama) -- Konflik yang belum selesai melibatkan Iran dijangka memacu aktiviti penggerudian minyak yang lebih aktif di perairan Sabah, kata Pengerusi Biro Minyak dan Gas Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Masnawi Nawe.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, mengatasi anggaran awal sebanyak 5.3 peratus dengan permintaan dalam negeri yang kukuh, aktiviti pelaburan dan eksport terus memacu pertumbuhan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia terus merekodkan lebihan dalam Imbangan Akaun Semasa (CAB) dalam suku pertama 2026 (S1 2026) berjumlah RM15.2 bilion, bersamaan dengan 3.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara ketara lebih tinggi berbanding RM2.7 bilion pada suku keempat 2025 (S4 2025).
3hari ago
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Cahya Suria Services Sdn Bhd dan Suzhou EnnoThing Technology Co Ltd, memuktamadkan kerjasama strategik menerusi NexQuantum 1 Sdn Bhd bagi memajukan Taman Digital Kecerdasan Buatan (AI) NexQuantum di Perak.
4hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
ALMETYEVSK (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Tatneft, antara lima syarikat minyak terbesar di Rusia, terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dalam petrokimia, penapisan dan inisiatif tenaga mampan dengan Petronas.