Terdapat 11886 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.

Pertumbuhan Penduduk Dijangka Pacu Urus Niaga Perumahan Sebanyak 15 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Urus niaga hartanah kediaman Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong kebanyakannya oleh pertumbuhan penduduk, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Kashif Ansari.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

TNB Perkukuh Strategi Berteraskan Pekerja Bagi Kekalkan Prestasi Modal Insan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) terbukti berkembang dengan beralih daripada model sumber manusia tradisional kepada pendekatan yang lebih berteraskan “People Experience” atau pengalaman pekerja.

Makin Jadi Pilihan Pembasah Tekak, Kombucha Bukti Peralihan Trend Minuman

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Sewaktu penulis bergelar pelajar sekolah menengah sekitar 2013, teh kombucha masih terlalu asing sebagai minuman, malah tenggelam berbanding minuman kopi yang lebih digemari ramai sebagai pembasah tekak pilihan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Risiko Bertambah Baik

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama pada hari Rabu susulan sentimen risiko bertambah baik berikutan rundingan gencatan senjata berpotensi diadakan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Harga Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.

Pasaran Benar-benar Perlukan Isyarat Boleh Percaya Daripada Trump - Ahli Ekonomi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pasaran global termasuk pasaran saham dan mata wang di Malaysia amat memerlukan segera isyarat jelas dan konsisten daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi mencapai keredaan berterusan dalam konflik Asia Barat serta memulihkan kestabilan, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Geopolitik Tidak Menentu

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat(AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Unit OCR Jual Tanah Di Shah Alam Pada Harga RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.

Kontrak Trojena Eversendai Di Arab Saudi Ditamatkan, Usaha Tuntut Pampasan

KUALA LUMPUR, 24 Mac Bernama) -- Kontrak Eversendai Corporation Bhd bagi kerja keluli struktur untuk projek Trojena Ski Village di Arab Saudi, yang diberikan oleh NEOM Company, ditamatkan berkuat kuasa 26 Mac, 2026.

SMRT Holdings Sasar Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.