BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor FC 3-0 Melaka FC | 

Terdapat 1728 berita berdasarkan kata kunci carian " berkembang"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.

Penilaian Positif IMF Cermin Asas Kukuh Ekonomi Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa dasar makroekonomi dan kewangan negara yang berhemat memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan, kata ahli ekonomi.

Perdana Menteri Sambut Baik Penilaian IMF, Menegaskan Keutamaan Pengurusan Ekonomi Berhemat

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia dengan menekankan bahawa keutamaan kerajaan tetap memastikan kestabilan ekonomi diuruskan secara bertanggungjawab.

Ringgit Cecah Hampir Ke Paras Tertinggi Enam Tahun Pada 4.07 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat, paras yang paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Kekurangan Firma Modal Besar Jadikan Bursa Malaysia Kurang Menarik Kepada Pelabur Asing - PNB

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kekurangan firma bermodal besar dengan mudah tunai yang mencukupi merupakan satu daripada cabaran utama yang menjadikan Bursa Malaysia kurang menarik kepada pelabur asing berbanding rakan-rakan serantau, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Minyak Kacang Soya, Minyak Mentah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya.

Untung Bersih Suku Ketiga AEON Credit Naik Kepada RM91.8 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Nov, 2025 melonjak kepada RM91.80 juta daripada RM62.07 juta sebelum itu.

Gamuda Peroleh Dua Projek Di Australia, Catat Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM46 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion. 

CMSB Mula Projek Barisan 2 Klinker Mambong Bernilai RM673 Juta Bagi Tingkat Bekalan Simen Sarawak

PADAWAN, 18 Dis (Bernama) -- Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) hari ini mengadakan majlis pecah tanah projek Barisan 2 Pengeluaran Klinker Mambong bernilai RM673 juta.

Desakan Untuk EV Domestik Angkat Sektor Automotif Malaysia 2025 Ke Tahap Lebih Tinggi

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Langkah Besar Liberalisasi, Berpotensi Manfaatkan Malaysia 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di China, yang akan memulakan operasi khas kastam di seluruh pulau Hainan pada 18 Dis 2025, membuktikan lagi liberalisasi ekonomi China yang berterusan, berbanding dengan hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS).