Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian " amaran"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Dengan Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran.

Kenaikan Harga Petrol Tanpa Subsidi Di Malaysia Cerminkan Trend Minyak Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.

Khamenei Tidak Kelihatan Pada Tahun Baharu Parsi, Ucapan Dibacakan Di Televisyen

TEHRAN, 21 Mac (Bernama-dpa) -- Rakyat Iran menanti-nantikan penampilan sulung Pemimpin Agung baharu negara itu, Mojtaba Khamenei, sempena Tahun Baharu Parsi atau Nowruz pada Jumaat -- namun ucapan rasmi beliau sebaliknya disiarkan dan dibacakan di televisyen kerajaan.

Kenaikan Harga Petrol tanpa Subsidi Di Malaysia Cerminkan Trend Minyak Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.

Serangan Iran Bakal Tingkat Harga Minyak US$120 Setong, Asia Paling Terkesan -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh mencecah US$120 (US$1=RM3.93) setong jika pihak berkuasa Iran meneruskan ancaman mereka untuk menyerang lima kemudahan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

Kedudukan Makroekonomi Malaysia Lebih Kukuh Hadapi Kejutan Berbanding Era Pandemik 

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

FED Kekalkan Kadar Dasar Tidak Berubah, Berada Dalam Mod Tunggu Dan Lihat - HLIB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dasar monetari pada 3.50 hingga 3.75 peratus dalam mesyuarat kali keduanya berturut-turut, menandakan ia kekal dalam mod tunggu dan lihat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Penyelarasan Harga Minyak Bantu Atasi Kenaikan Mendadak, Jamin Bekalan Berterusan - BHPetrol

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.

Selat Hormuz: Titik Strategik Konflik Asia Barat Dan Pengaruhnya Pada Pasaran Minyak Dunia

Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa. 

CMP Untuk Tingkat Kerancakan Pasaran Modal Malaysia - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) optimis terhadap Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030 dengan menyifatkan pelan tindakan berkenaan berpotensi meningkatkan kerancakan pasaran modal Malaysia.

Kadar Kemalangan Udara Global 2026 Menurun Walaupun Kehilangan Nyawa Tinggi - IATA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melaporkan bahawa pada 2025, kadar kesemua kemalangan global menurun kepada 1.32 kecelakaan untuk setiap juta penerbangan (satu kemalangan bagi setiap 759,646 penerbangan) berbanding 1.42 yang dicatatkan pada 2024 tetapi melebihi purata lima tahun 2021–2025 iaitu 1.27.