BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Terdapat 41 berita berdasarkan kata kunci carian " chan foong hin"

KPK Sasar Perluas Kawasan Tanaman Koko Kepada 10,000 Hektar Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan kawasan tanaman koko dapat diperluaskan kepada 10,000 hektar di seluruh negara menjelang 2030 berbanding 5,985 hektar masa ini bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap koko berkualiti tinggi.

Industri Getah Malaysia Perlu Letak Penanda Aras ESG Baharu - Chan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Industri getah Malaysia bukan sahaja perlu memenuhi piawaian global tetapi juga perlu menetapkan penanda aras baharu supaya kekal berdaya saing dalam pasaran bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Pasaran Kopi Domestik Malaysia Bernilai US$1.05 Bilion —Chan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pasaran kopi domestik Malaysia bernilai US$1.05 bilion (US$1 = RM4.23), dengan lebih daripada 6,400 kafe beroperasi di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

MSNR Trace Jejak Transaksi Getah Mentah Dari Ladang Hingga Produk Akhir - Chan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penggunaan sistem Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) Trace memainkan peranan penting dalam menangani isu alam sekitar dan sosial dalam industri dengan membenarkan pihak berkepentingan menjejaki transaksi getah mentah dari ladang hingga produk akhir.

Kerajaan Salur Lebih RM1.62 Juta Bantu Pekebun Kecil Sawit Sabah -- Chan

KOTA KINABALU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM1.62 juta kepada 21 pekebun kecil sawit persendirian melibatkan keluasan 90.32 hektar bagi tujuan penanaman semula di kawasan pedalaman Sabah.

Delegasi Malaysia Di China Sasar Peluang Baharu Dalam Pasaran Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, menyasarkan pasaran baharu berpotensi bagi minyak sawit dan mempromosikan inovasi dalam produk hiliran.

Pemegang Kepentingan Industri Gesa Kerjasama Kukuh Galakkan Penggunaan Biojisim Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Para pemegang kepentingan industri menggesa kerjasama yang lebih kukuh dan hala tuju dasar yang lebih jelas untuk mempercepatkan penggunaan biojisim kelapa sawit dalam menyokong matlamat rendah karbon Malaysia.

MPOB Perkenal Projek Rintis Excavator, Bantu Pekebun Kecil Tingkat Produktiviti

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perkenal projek rintis Skim Pemberian Excavator (SPE) dengan kerjasama Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sugut Paitan, Sabah. 

Tarif AS Tidak Jejas Harga Komoditi Eksport Sawit

TAWAU, 10 April (Bernama) -- Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Rancang Penanaman Semula Sawit Secara Berjadual Untuk Hasilkan BTS Pada Kematangan Optimum - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyeru pemilik ladang dan syarikat perladangan merancang penanaman semula sawit bagi mengekalkan produktiviti ladang dengan pokok matang yang menghasilkan buah tandan segar (BTS) secara optimum.

4.89 Juta Hektar Tanaman Sawit Peroleh Sijil MSPO Setakat Disember 2024 - Chan

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Sejumlah 4.89 juta hektar atau 86.47 peratus kawasan bertanam sawit di Malaysia telah memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat 31 Dis 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

KPK Sasar Eksport Perabot Kayu Capai RM14 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mencapai RM14 bilion dalam eksport perabot kayu yang menyumbang 50 peratus daripada sasaran RM28 bilion eksport kayu Malaysia sepanjang tahun ini.