Terdapat 1794 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Tekanan Di Selat Hormuz Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila laporan mengenai beberapa kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dengan selamat telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Susulan Sentimen Serantau Stabil

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya ketika pasaran memaparkan sentimen serantau dan risiko global lebih stabil yang hanya melemahkan dolar AS di tengah-tengah permintaan terhadap aset selamat.

MyCIF : Lebih RM7 Bilion Disalurkan Biaya 11,500 PMKS, Syarikat Pemula -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Lebih daripada RM7 bilion telah disalurkan menerusi dana Malaysia Co-investment Fund (MyCIF) bagi membiayai lebih 11,500 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat pemula niaga sejak 2019, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.

Ringgit Diunjur Diniaga Dalam Julat 3.93-3.98 Minggu Depan Susulan Pemantauan Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat antara RM3.93 hingga RM3.98 minggu depan berikutan pelabur akan terus memantau dengan teliti trajektori harga minyak mentah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama lain tetapi menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat susulan pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran konflik semakin memuncak di Asia Barat yang telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak.

Rakuten Trade Unjur FBM KLCI 2026 Pada 1,800 Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran. 

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat menjejaskan kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Bimbang Bekalan Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak ekoran konflik di Asia Barat.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Berakhir, Konflik Asia Barat Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama tahun 2026 yang berakhir hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi negara, pengurusan fiskal serta langkah kerajaan memantau impak konflik di Asia Barat terhadap ekonomi domestik dan global.