BERITA TERKINI   Jemaah Menteri larang tindakan jadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste - PM Anwar | Kerajaan MADANI beri laluan penuh kepada pihak berkuasa banteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa - PM Anwar | Isu ladang ternakan babi: PM Anwar harap projek dibatalkan dahulu, pertimbang kawasan baharu yang lebih baik | Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Terdapat 2325 berita berdasarkan kata kunci carian " mam"

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

SkyWorld Bekerjasama Dengan PR1MA Bina Rumah Mampu Milik Di Brickfields

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, Aspirasi Cekap Sdn Bhd (ACSB) memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk membina rumah mampu milik.

Leader Energy Peroleh Pelaburan Lebih US$100 Juta Daripada CAF II

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).

Asia International Exchange Labuan Lancar Platform Aset Digital

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.

Leader Energy, Plus Xnergy Akan Guna Sistem Bateri Sodium-Sulur Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader Solar Energy II Sdn Bhd (LSE II) dengan perkongsian bersama Plus Xnergy Services Sdn Bhd, akan menggunakan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sodium sulfur (NaS) pertama di Malaysia.

MPOB, M-FICORD Sarawak Anjur Program Pemindahan Teknologi Pada 14 Oktober

KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.

ASEAN Harus Pastikan Sambungan Grid Kuasa Menjadi Realiti - Sarawak Energy

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negara-negara anggota ASEAN perlu memastikan bahawa kesalinghubungan grid kuasa mereka menjadi kenyataan kerana peralihan tenaga tidak akan berlaku tanpa kesalinghubungan di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili.

BYD Lantik Sime Darby Auto Imports Sebagai Pengimport, BYD Malaysia Pengedar Denza

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- BYD Auto Industry Co Ltd (BYD) melantik Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd sebagai pengimport rasmi manakala BYD Malaysia Sdn Bhd (BYD Malaysia) sebagai pengedar rasmi untuk Denza, sebuah subjenama premium BYD di Malaysia.

Malaysia Berada Di Titik Penentu, Maju Kehadapan Atau Ketinggalan Di Belakang - Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Malaysia berada di titik penentu yang kritikal, sama ada maju hadapan menuju ke arah keterjaminan dan kemakmuran pada masa depan atau ketinggalan di belakang terdedah kepada proses "kebinasaan", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan Belian Oleh Kilang Penapis India Dianggap Tindakan Sementara - Johari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan UNESCAP Promosi Pelaburan - Tengku Zafrul

Daripada Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.