BERITA TERKINI   MOT gesa semua syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres amal budaya utamakan keselamatan -- Loke | Pelaburan langsung asing Malaysia mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada 2023 -- DOSM | Malaysia, Republik Kyrgyz desak Israel tamatkan jenayah genosid demi keselamatan dan keadilan buat Gaza – PM Anwar | Kertas siasatan libatkan Ismail Sabri selesai, Timbalan Pendakwa Raya setuju fail permohonan lucutkan hak RM 170 juta - KP SPRM | SPRM mohon lucut harta milik Tun Daim dan isteri termasuk Menara Ilham, di Mahkamah Tinggi KL hari ini - KP SPRM | 

Terdapat 2315 berita berdasarkan kata kunci carian " pelaburan"

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

AKPK Lapor 53,000 Individu Bawah 30 Tanggung Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Malaysia, Korea Selatan Berhasrat Tambah Baik MoU ICT, Fokus Teknologi AI

SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini. 

Malaysia Sasar Lengkapkan Pelan Tindakan Teknologi AI Dalam 12 Bulan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Hadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Data Google Bernilai US$2 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

Industri Maritim Harap Insentif Belanjawan 2025 Untuk Pertumbuhan, Penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.

Kajian Semula Kumpulan Cukai Pendapatan Dialu-alukan Dalam Belanjawan 2025 - PwC Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Kilang Baharu Schott Di Kedah Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Pembuatan Global

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kemudahan pengeluaran canggih Schott Glass Malaysia Sdn Bhd di Kulim, Kedah, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan global untuk penyelesaian kaca khusus mewah, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

GLIC Tegaskan Komitmen Sokong Kerangka Ekonomi Madani, Pacu Pertumbuhan

JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.

ASM 3 Umum Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM837.89 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024.

Belanjawan 2025: Bon Hijau, Rebat Cukai Bantu Firma Telekomunikasi Beralih Kepada TBB

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Langkah memperkenalkan bon hijau yang kompetitif, pengurangan atau rebat cukai menerusi Belanjawan 2025 akan menggalakkan syarikat termasuk firma telekomunikasi untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) dalam operasi masing-masing.