Terdapat 936 berita berdasarkan kata kunci carian "trump"

Kejayaan Malaysia Dalam Rundingan Tarif AS Langkah Strategik Ke Hadapan - Pakar Ekonomi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.

Pembelian Pesawat Boeing Strategi Perniagaan MAG, Tidak Libat Wang Rakyat - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low. 

Kepimpinan Anwar Terserlah Dalam Selesaikan Konflik Serantau, Pertahan Ekonomi

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam tempoh lima hari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai banyak kejayaan melebihi apa yang menjadi aspirasi ramai pemimpin dalam bidang politik antarabangsa dan perdagangan global.

Peranan Malaysia Capai Gencatan Senjata Kemboja-Thailand Beri Tanggapan Positif Dalam Rundingan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) – Peranan Malaysia sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand menyumbang secara positif kepada rundingan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pengurangan Tarif AS Cetuskan Kesan Limpahan Positif Merentas Sektor-sektor Utama - Nga

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.

Penurunan Tarif AS Dorong Perdagangan, Kukuh Hubungan Dua Hala  - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.

Penurunan Tarif AS: Tengku Zafrul Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat Pada Isnin - Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Penurunan Kadar Tarif Perkembangan Positif Sektor Eksport Negara - Chow

GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan.

 

AS Kurangkan Tarif Ke Atas Import Malaysia Kepada 19 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari Walaupun Optimis Terhadap RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Niaga Hadapan Serantau Dan Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.