Terdapat 667 berita berdasarkan kata kunci carian " pelancaran"

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

Sarawak Sasar Jadi Hab Serantau Bagi Pembuatan, Semikonduktor Termaju

KUCHING, 12 Sept  (Bernama) -- Kerajaan Sarawak mengulangi komitmennya untuk menjadikan negeri itu sebagai hab serantau bagi pembuatan dan semikonduktor termaju, berteraskan tenaga boleh baharu, infrastruktur yang mantap dan pembangunan tenaga kerja.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh kemerosotan harga minyak berikutan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Serangan Israel Tidak Beri Impak Langsung Kepada Perdagangan, Industri Minyak Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Serangan Israel ke atas Qatar tidak memberi impak langsung kepada Malaysia, terutamanya industri minyak dan perdagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Industri Aeroangkasa Sasar Pendapatan RM30 Bilion Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis pendapatan industri aeroangkasa akan mencecah RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion  pada 2024.

Mekanisme Insentif Tersuai Baharu Pacu Pelaburan Sektor Automotif Malaysia – MITI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)  sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.

Malaysia Perkukuh Perpaduan Serantau Melalui Persidangan CEO Kereta Api ASEAN Ke-45

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melihat penganjuran Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN ke-45 (ARCEOs) sebagai kesinambungan bermakna kepada agenda kepengerusian negara.

AIM Komited Sediakan Kemudahan Kewangan Patuh Syariah

TANAH MERAH, 7 Sept (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) komited untuk memperluaskan  perkhidmatan Ikhtiar Ar-Rahnu di seluruh negara bagi menyediakan kemudahan kewangan mikro patuh syariah yang dilindungi takaful.

Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2025 Kekal Berdaya Tahan, Transaksi Cecah RM107.68 Bilion

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah negara kekal berdaya tahan pada separuh pertama 2025 dengan nilai transaksi mencecah RM 107.68 bilion.

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Selepas Penyelenggaraan Dua Minggu

PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi 24 jam selepas selesai kerja-kerja penyelenggaraan berjadual, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

PTV 3.0 Bermula Semalam, Bolehkan Penerima STR Rancang Kewangan Yang Baik, Perlindungan Keluarga

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV), inisiatif kerjasama awam-swasta antara kerajaan dengan industri insurans dan takaful, kini memasuki fasa ketiga dengan pelancaran program PTV 3.0 bermula semalam.

Pulau Pinang Lancar Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM Untuk Pembuatan Mampan

GEORGE TOWN, 29 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang akan mengambil langkah utama ke arah menjadi hab pembuatan hijau terunggul di Asia Tenggara melalui pelancaran Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM.