Terdapat 256 berita berdasarkan kata kunci carian " lebihan"

BMI Mengunjurkan Permintaan Gas Asli Global Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions mengunjurkan penggunaan gas asli global akan meningkat dalam tempoh terdekat apabila musim sejuk Hemisfera Utara melanda, disokong oleh permintaan kukuh untuk gas asli cecair (LNG) merentas semua pasaran.

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

MIDF Amanah Jangka Ringgit Diniagakan Tinggi Pada RM4.30 Pada Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF IB) menjangka ringgit kembali mengukuh dan mengakhiri tahun ini pada RM4.30 berbanding RM4.59 pada akhir 2023.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

AirAsia Tawar 27,000 Tiket Tambang Tetap Ke Sabah, Sarawak Sempena Tahun Baharu Cina

SEPANG, 3 Dis (Bernama) -- AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.

KPK Pertimbang Insentif Cukai Untuk Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran SAF

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mempertimbangkan beberapa insentif cukai untuk menarik pelabur ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Harga Minyak Diunjur Dalam Julat Antara US$65 Dan US$75 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

BNM Beri Jaminan Terus Pantau, Urus Ketidaktentuan Susulan Perkembangan Global

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau keadaan pasaran kewangan domestik berikutan perkembangan utama global, termasuk susulan pilihan raya presiden Amerika Syarikat serta kebimbangan berkaitan prospek pertumbuhan ekonomi China.