BERITA TERKINI   Grid tenaga yang tersambung dengan baik mampu jadikan ASEAN sebagai hab bagi industri dan teknologi tenaga bersih - PM | PM gesa Negara Anggota ASEAN gandakan usaha percepat projek kesalinghubungan, selaras rangka kerja peraturan | PM Anwar puji usaha dan keupayaan ASEAN menarik penyertaan institusi utama dan sektor swasta bagi memastikan kejayaan pembiayaan Grid Kuasa ASEAN | Grid Tenaga ASEAN adalah tunjang kerjasama serantau yang menghubungkan aspek kemampanan, keselamatan dan kemampuan sebenar - PM | Kes rogol: Tindakan tegas buang sekolah akan diambil terhadap pesalah - JPN Kedah | 

Terdapat 267 berita berdasarkan kata kunci carian " kawal selia"

Capital A Dijangka Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Suku Pertama 2025 -- Fernandes

SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.

Malaysia Terus Dahului Indeks Pusat Data Serantau - Knight Frank Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia telah menduduki tempat pertama dalam kalangan negara lain di Asia Tenggara dalam Indeks Peluang Pusat Data SEA-5 Knight Frank untuk tahun kedua berturut-turut dengan penggunaan tahunan sebanyak 429 megawatt (MW).

FPAM Sambut Baik Usaha BNM Hadkan Kenaikan Premium Insurans Kesihatan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) menyambut baik langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengehadkan kenaikan premium tahunan bagi insurans perubatan dan takaful pada 10 peratus.

KKM Alu-alukan Langkah Kawal Selia Premium Insurans, Takaful, Intervensi

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.

Bursa Malaysia Capai 55 IPO, Tertinggi Dalam Masa 19 Tahun

 KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.

Mah Sing Beli Tanah Di Johor Bahru Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk membeli tanah pegangan bebas seluas 2.424 hektar di Johor Bahru, Johor yang diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium dan unit runcit.

2024: Tempoh Yang Sibuk, Masih Bergelora Bagi Pengendali Pelabuhan, Industri Perkapalan

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- 2024 merupakan tempoh yang sibuk bagi pelabuhan di Malaysia apabila kalangan pengendalinya mengemudikan dan meneruskan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur berintensif modal.

Malaysia Mampu Jadi Titik Tumpuan Firma MNC Di ASEAN - Ahli Ekonomi

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Malaysia dapat memanfaatkan infrastruktur digitalnya yang matang serta tenaga kerja mahir untuk muncul sebagai titik tumpuan bagi ibu pejabat serantau syarikat multinasional (MNC) serta perkhidmatan dan pembuatan berkemahiran tinggi.

Utamakan Perkapalan Negara Untuk Dorong Inisiatif Hijau, Sokong Penggunaan Kapal Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan mesti mengutamakan industri perkapalan domestik dalam usaha memajukan perkapalan hijau dan pada masa sama menetapkan dasar perkapalan negara yang baharu untuk menangani jurang berpanjangan dalam sektor itu, kata persatuan industri perkapalan.

Prestasi Suku Ketiga Jejas Saham Tnb, Susut Empat Peratus Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut empat peratus dalam dagangan awal pada Jumaat susulan prestasi pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2024 syarikat itu yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Mekanisme IBR Pacu Kecekapan, Pemodenan Sektor Tenaga

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), satu transformasi berani bagi sektor tenaga Malaysia, merupakan rangka kerja digunapakai pihak pengawal selia bagi menentukan kos serta pemulihan bagi bekalan dan perkhidmatan tenaga elektrik.

Daya Tarikan IPO 2024 Malaysia Berterusan, Dahului Pasaran Serantau - Rakuten Trade

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia kini mendahului dari segi pasaran tawaran awam awal (IPO) di rantau ini, dengan pertambahan penyertaan pelabur institusi dan pelabur runcit, mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap pasaran modal.