Terdapat 939 berita berdasarkan kata kunci carian " akses"

Bank Digital Mahu Jadi Platform Agihan Subsidi, Bantuan Tunai Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) – Bank-bank digital meminta kerajaan untuk mengutamakan pengagihan subsidi bersasar dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2026 menerusi platform digital bank berkenaan yang mampu melaksanakan sistem penyampaian secara lebih adil dan cekap.

Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 Umum Pemenang Deep-X Dan Retail-X

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 (Selangor Twin Accelerator) menobatkan syarikat pemula niaga terbaik bagi dua trek utamanya, Deep-X dan Retail-X pada Hari Demo Akhir program itu di sini, hari ini.

MITI Tumpu Pembiayaan, Pengukuhan Digital Bagi Perkasakan Usahawan Wanita - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenal pasti beberapa keutamaan penting untuk memperkasakan wanita dalam perdagangan dan industri antaranya dari segi pembiayaan dan akses kepada sumber.

Belanjawan 2026 : DOPPA Syor Dagangan Karbon Sebagai Pendapatan Mampan Komuniti Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) menyarankan pelaksanaan inisiatif baharu yang menyepadukan perdagangan karbon sebagai sumber pendapatan stabil untuk komuniti luar bandar di negeri itu.

Belanjawan 2026: Insentif Cukai Dapat Lonjak Perdagangan Intra-ASEAN - Samenta

KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.

Perluasan Akses Telekomunikasi Kunci Tingkatkan Ekonomi Komuniti Terpinggir

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- Usaha memperluaskan akses telekomunikasi merupakan kunci bagi meningkatkan kumpulan terpinggir seperti Orang Asli berikutan keberkesanan ketersambungan dalam membuka peluang aspek seperti penglibatan ekonomi, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Kerajaan Sasar Peluang Eksport Bernilai RM150 Juta Di Persidangan Level Up KL 2025 - Gobind

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.

IBM Malaysia Harap Dorongan Lebih Kukuh Kepada AI Dalam Belanjawan 2026

Oleh Nur Aiman Najwa Dzamae

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- IBM Malaysia Sdn Bhd berharap Belanjawan 2026 akan menyediakan insentif yang lebih kukuh dan bersasar terhadap kecerdasan buatan (AI) bagi memesatkan transformasi digital meliputi sektor utama ekonomi.

Malaysia-Pakistan Perlu Pergiatkan Semula Kerjasama Dua Hala - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Malaysia dan Pakistan perlu menggiatkan semula kerjasama dua hala dan bergerak ke arah dasar yang lebih agresif dan progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Akan Permudahkan Kemasukan Eksport Daging Lembu Dari Pakistan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

Beri Impak Positif, Agrobank Harap SJPP Diperluaskan Dalam Belanjawan 2026

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Agrobank berharap Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dapat terus ditambah baik dalam Belanjawan 2026 berikutan pencapaian positifnya terhadap ekonomi, khususnya dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor agromakanan.

Belanjawan 2026 Harus Promosi Kerjasama 5G Dalam Perusahaan - GlobalData

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Evolusi teknologi yang pesat dalam industri telekomunikasi menekankan keperluan untuk kerajaan terus menyediakan sokongan untuk lebih banyak kerjasama dalam teknologi 5G dalam kalangan perusahaan.