5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik pelaburan bernilai kira-kira RM637 bilion dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau selain membuka 310,000 peluang pekerjaan menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Komitmen syarikat penyahgaraman air terbesar dunia, ACWA Power memilih Malaysia sebagai hab utama di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi lebih adil.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaga jangka panjangnya, bagaimanapun keputusan muktamad mengenainya hanya akan dibuat selepas 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd bercadang untuk mengambil alih 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd pada harga RM40 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengekalkan status mereka sebagai jenama terkemuka masing-masing dalam sektor minyak dan gas (O&G) dan utiliti di ASEAN, menurut Laporan Energy 100 Brand Finance.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pembaharuan struktur terus menyokong daya tahan Malaysia, memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meluaskan peluang ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd menyasarkan pengeluaran sebanyak 70,000 tong setara minyak sehari (boe/hari) dan rizab 2P sebanyak 150 juta tong setara minyak (MMboe) menjelang 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Negara anggota ASEAN akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan Grid Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Tenaga blok ini pada Oktober ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Cypark Resources Bhd (Cypark) menerusi anak syarikat 51 peratus milik tidak langsungnya, Reviva BACRE (Ulu Remis) Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) untuk membangunkan kemudahan biogas 1.5 megawatt (MW) di Layang-Layang, Johor.