11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober, 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan berikutan kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaki Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah susulan ketegangan antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) memuncak susulan kenyataan baharu oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenai Greenland.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat.
12hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, disokong isyarat daya tahan ekonomi Malaysia selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kukuh berbanding jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat 2025.
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit selepas aktiviti belian pada saat akhir menyebabkannya meningkat ke paras tertinggi hari ini iaitu 1,712.33 ketika ditutup dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Favelle Favco Bhd meraih tiga kontrak baharu membekalkan kren menara dan luar pesisir dengan nilai gabungan sebanyak RM76.3 juta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- OpenSys (M) Bhd menerima satu pesanan pembelian (PO) bagi mesin kitar semula tunai (CRM) baharu bernilai RM22.05 juta daripada pelanggan sedia ada, Reachful Malaysia Sdn Bhd.
12hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuatkuasa pada 1 Feb, 2026.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.