6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, berikutan pelabur mengaut keuntungan susulan kenaikan baru-baru ini, dalam persekitaran ketidaktentuan berhubung tarikh rundingan tarif Malaysia-AS.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.1 peratus pada Jun 2025 dengan indeks mencatatkan 134.5 mata berbanding 133.0 pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Isnin, apabila dolar AS bergelut untuk meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Jepun, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Malaysia sudah bersedia untuk menjadi hab penjagaan kesihatan utama, dipacu oleh penjagaan berkualiti, teknologi semakin maju dan pertumbuhan sektor hospitaliti, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung yang sederhana minggu depan berikutan peningkatan harga baru-baru ini.