21hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerima kunjungan hormat delegasi dari Papua New Guinea diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburannya Richard Maru untuk meneroka peluang kerjasama minyak sawit lebih mendalam dengan negara ini.
23hari ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Mohd Iswandi Kasan Anuar
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Agenda pembaharuan dibuat menerusi Ekonomi MADANI yang turut menekankan kepada disiplin fiskal telah memperkukuhkan keyakinan pelabur terhadap negara malah turut menyumbang kepada kekukuhan nilai ringgit tahun lepas.
23hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran sederhana dan kecil minggu depan, kata seorang ahli ekonomi.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 22 Januari ini.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, pengeluar komponen automotif tradisional pada hari ini telah menggubah dirinya kepada syarikat yang lebih dipacu teknologi, mencerminkan peralihan yang lebih berfokus ke arah kenderaan pintar dan lebih terhubung.
24hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Flexi Flex Group yang memulakan operasi di pulau bebas cukai, Labuan pada 2014 dengan sumber yang terhad tetapi mempunyai tekad yang kuat, kini berkembang menjadi pemain industri dikenali dan diiktiraf di wilayah persekutuan berkenaan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Bhd (HDC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan usahawan, khususnya usahawan wanita dalam ekosistem industri halal negara.
24hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terjejas oleh aktiviti pengambilan untung susulan prestasi kukuhnya baru-baru ini, dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.14 peratus.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi ambang unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus mencerminkan keberkesanan reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).