4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Penangguhan selama setahun pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga akhir 2026 memberi kelegaan sementara kepada pengeksport minyak sawit dan komoditi yang lain.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu berikutan kemerosotan Wall Street kerana pelabur meneliti komen daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang mencadangkan ekuiti AS mungkin terlebih nilai.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) di Amerika Syarikat.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa tengah hari pada Selasa, didorong oleh pembelian ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah rasionalisasi RON95 yang menetapkan harga bahan api itu kepada RM1.99 daripada RM2.05 seliter bermula 30 Sept, 2025, dijangka dapat mengekang tekanan inflasi selain menjana pertumbuhan, kata OCBC Global Markets Research.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober, mungkin memberi tumpuan kepada dasar pelarasan halus, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah sedikit, seiring prestasi serantau, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah apabila tidak mengekalkan paras 1,600, diheret turun oleh jualan berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Prospek hartanah Malaysia kekal positif untuk separuh kedua 2025 (2H 2025) dengan peluang yang luas merentas pelbagai segmen, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).