3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas RM20 bilion pada 2026 untuk enam negeri kurang membangun iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada 2025.
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), dengan kerjasama Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (COSTI), baru-baru ini menganjurkan USABC Innovation Showcase di luar Mesyuarat COSTI ke-88 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) meningkat kepada RM114.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 2025) daripada RM85.4 juta setahun sebelumnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.
3bulan ago
KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Pensonic Holdings Bhd (Pensonic) mencatatkan peningkatan 53 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Ogos tahun kewangan 2026, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kecekapan operasi yang lebih baik dan kemajuan berterusan di bawah strategi berorientasikan gaya hidup.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan State Grid Corporation of China (SGCC) yang juga syarikat utiliti awam terbesar dunia yang diwakili oleh anak syarikat milik penuhnya, China Electric Power Equipment and Technology Co Ltd (CET).
3bulan ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menyasarkan potensi pelaburan melebihi RM300 juta menerusi penganjuran acara NBiOSHOWCASE sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25) pada 22-23 Oktober 2025, di sini.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Usaha ASEAN untuk mencapai integrasi ekonomi yang lebih mendalam perlu melangkaui sekadar pengurangan tarif, sebaliknya memberi tumpuan kepada liberalisasi sektor perkhidmatan, mempermudah urusan perdagangan dan mengantarabangsakan syarikat serantau, kata Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).