Terdapat 243 berita berdasarkan kata kunci carian " kompleks"

Kargo Udara Global Melonjak 11.3 Peratus Tahun Lepas, Melangkaui Rekod 2021 -- IATA

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menonjolkan kemajuan ketara tahun lepas dengan permintaan menokok 11.3 peratus dalam kargo tan kilometer (CTK) berbanding 2023, selepas permintaan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). 

BNM Terus Pantau Inflasi Domestik, Prospek Pertumbuhan Untuk Pertumbuhan Mampan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.

Pertama Digital Lantik Lim Nasrul Halim Sebagai Bakal Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertama Digital Bhd melantik Lim Nasrul Halim sebagai bakal ketua pegawai eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini

Malaysia Dalam Kedudukan Tepat Kemudi Cabaran Luar Pada 2025 - Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.

Fajarbaru Jangka GDV RM2 Bilion Untuk Fasa Satu Medi-City Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Fajarbaru Builder Group Bhd (FBG) menjangkakan projek fasa satu Medi-City di Batu Kawan, Pulau Pinang, yang akan datang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.

ECERDC Peroleh RM13.4 Bilion Dalam Pelaburan Direalisasikan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.

Lebih 150 Pemimpin Industri Hadir Forum Rantaian Bekalan Masa Depan MIDA-ALP

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Industri rantaian bekalan dan logistik Malaysia menerima rangsangan hari ini apabila lebih 150 pemimpin industri bersidang di forum “Future of Supply Chains: Optimising, Planning, and Automating for Success”, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ally Logistic Property (ALP).

JS-SEZ Mampu Jadi Platform, Pintu Masuk Pelaburan Asia Tenggara - Exco

ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor komited dalam menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilihat mampu menjadi platform atau pintu masuk pelaburan di Asia Tenggara.

Program Pembangunan Vendor Tempatan MIDA-Infineon Beri Manfaat 139 Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.

Malaysia, UAE Meterai MoU Perkukuh Kerjasama AI Di Bawah Inisiatif MMAI

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).

Jangkaan Keselamatan Siber Palo Alto Untuk 2025: Kritikal Pada Perniagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lebih 5.0 Peratus Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.