BERITA TERKINI   ACLE: JDT 3-1 Sanfrecce Hiroshima | Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini - PMO | 

Terdapat 267 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks dolar as"

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Disebabkan Perang Dagangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen lemah terhadap dolar AS di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meningkat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China. 

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Dasar AS Jejaskan Dolar

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit terus meningkat  berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan, yang berpotensi melemahkan permintaan.

Ringgit Dibuka Tinggi, Daya Tarikan Meningkat Dalam Kalangan Mata Wang Negara Pesat Membangun

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila pelabur mendapati kestabilan politik dan dasar Malaysia adalah memberangsangkan dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila data ekonomi AS yang positif telah mengukuhkan mata wang negara maju itu.

Perang Dagangan Ketara, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran, kata penganalisis.

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat. 

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Data IHPR AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan, kata seorang penganalisis.

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.

Ringgit Dibuka Kukuh Didorong Jangkaan Tinggi Terhadap Penurunan Kadar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, meneruskan momentum positifnya, didorong oleh jangkaan yang meningkat mengenai penurunan Kadar Dana Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan kemerosotan Indeks Dolar AS (DXY).