Terdapat 1444 berita berdasarkan kata kunci carian "perdana menteri"

Khidmat Tengku Zafrul Sebagai Menteri MITI Berakhir Pada 2 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengakhiri perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 2 Disember 2025.

JS-SEZ : Malaysia, Singapura Dan Indonesia Mulakan Perbincangan Kerjasama Tiga Hala - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia, Singapura dan Indonesia telah memulakan perbincangan kerjasama tiga hala berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Hong Leong Bank Yakin Ringgit Miliki Kekuatan Asas Kukuh Untuk Teruskan Kenaikan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) yakin ringgit mempunyai kekuatan asas yang mencukupi untuk meneruskan aliran meningkatnya selepas mata wang tempatan itu dibuka pada 4.12 berbanding dolar AS pada Rabu, paras paling kukuhnya sejak 30 September 2024.

Mesyuarat MTN Bincang Strategi Mampan Pelan Hala Tuju Gas Asli -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 hari ini membincangkan dan bersetuju dengan strategi mampan yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pembangunan EV Perodua Cermin Komitmen Malaysia Terhadap Teknologi Hijau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Pembangunan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkukuh keupayaan industri automotif nasional serta mencerminkan komitmen negara terhadap teknologi hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Akan Promosi EV Perodua Di Sidang Kemuncak G20

RAWANG, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan pada minggu depan.

Perodua Akan Lancar Kenderaan Elektrik Pertama Hujung Bulan Ini

RAWANG, 11 Nov (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelaburan Khazanah Bersama China Bagi Unsur Nadir Bumi Perlu Dipercepatkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama-sama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik itu.

Pertumbuhan KDNK 2025 Berpotensi Capai Paras Lebih Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.

Ringgit Cecah RM4.16, Muncul Sebagai Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KWAP Lancar Projek Rintis Komuniiti Persaraan Di Kepala Batas

KEPALA BATAS, 10 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengambil langkah proaktif untuk menangani keperluan populasi meningkat tua Malaysia dengan melancarkan projek rintis pembangunan berorientasi persaraan di Kepala Batas.

Lima Wilayah Koridor Tarik Pelaburan Sebenar RM87.56 Bilion Sehingga 31 Okt

KUALA LUMPUR, 10 Nov  (Bernama) -- Lima wilayah koridor ekonomi negara telah berjaya menarik pelaburan sebenar berjumlah RM87.56 bilion dalam tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.