BERITA TERKINI   Keyakinan pelaburan kembali meningkat selepas Malaysia berada pada kedudukan lebih kukuh, dengan KDNK dijangka berkembang dan inflasi terkawal - PM Anwar | Keyakinan pelaburan kembali meningkat apabila Malaysia berada pada asas lebih kukuh, dengan KDNK di landasan untuk berkembang dan inflasi terkawal - PM Anwar | Malaysia akan terus berada pada trajektori pertumbuhan positif -- pertumbuhan berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti - PM Anwar | Seorang pemandu e-hailing direman tiga hari susulan gangguan seksual terhadap penumpang wanita di Johor - Polis | Kerajaan serius tangani isu etika kewartawanan, perbezaan tajuk berita dan kandungan sebenar laporan - Fahmi | 

Terdapat 253 berita berdasarkan kata kunci carian " udara"

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 4.5 - 5.5 Peratus Pada 2025 Didorong Permintaan Dalam Negeri, Eksport Dijangka Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada  2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Tempahan Pesawat Baharu MAG Kukuhkan Komitmen Untuk Pertumbuhan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAHB Komited Tangani Aktiviti Penyeludupan Hidupan Liar Di KLIA

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa komited untuk menangani penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan.

Batik Air Kemas Kini Peraturan Bawa 'Power Bank,' Perkenal Larangan Baharu Serta Merta

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Malindo Airways Sdn Bhd (Batik Air) mengemas kini peraturan mengenai ‘power bank’ atau bank kuasa berkuat kuasa serta-merta, yang membolehkan penumpang untuk membawa maksimum sehingga dua yang perlu disimpan sendiri pada setiap masa dan tidak diletakkan dalam bagasi kabin.

Trafik Penumpang Udara Malaysia Melonjak, Catat 9.2 Juta Penumpang Pada Januari -MAVCOM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hari ini mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang, peningkatan sebanyak 28.2 peratus berbanding Januari 2024.

Midea Malaysia Sasar Jualan RM1 Bilion Pada 2025 Berikutan Permintaan Tinggi Alat Cekap Tenaga

BENTONG, 3 Mac (Bernama) -- Midea Scott and English Electronics Sdn Bhd (Midea Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi meneruskan momentum pertumbuhan dua angka berikutan permintaan yang tinggi terhadap peralatan cekap tenaga.

Sarawak Teroka Penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari 

KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi dan pusat penyelidikan dalam industri berkenaan.

Penyusunan Semula MAHB Isyarat perubahan Utama Sektor Lapangan Terbang Malaysia - Pakar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula dan penyahsenaraian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandakan detik perubahan yang penting bagi industri penerbangan negara, menawarkan peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan di seluruh lapangan terbang, kata penganalisis.

IATA Beri Kelulusan Kepada MAG Perakui Kursus DGR

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pusat Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi akreditasi dan kelulusan kepada cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG), MAB Academy untuk memperakui kursus Peraturan Barangan Berbahaya (DGR). 

Penjualan Saham MAHB Tidak Jejas Aspek Keselamatan Negara - MOT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.

MMAG Holdings Kembang Ke Sektor Kewangan, Perkhidmatan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd telah mencadangkan untuk mengembangkan operasi perniagaannya kepada perkhidmatan kewangan termasuk pinjaman wang dan pembiayaan sewa beli bersama-sama perniagaan sedia ada.

Sarawak Muktamadkan Ambil Alih MASwings, Kini Dikenali Sebagai AirBorneo

KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.