5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah bersih dana yang telah disalurkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membiayai bayaran hutang dan memenuhi komitmen syarikat berjumlah RM42.17 bilion setakat 31 Julai 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
5bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd menceburi sektor tenaga hidro dengan memperoleh 70 peratus kepentingan dalam dua projek kuasa hidro di Perak.
5bulan ago
KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) berkata peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1.4 bilion untuk penanaman semula pokok sawit di bawah Rancangan Malaysia ke -13 (RMK13) adalah langkah yang tepat bagi meremajakan ladang-ladang yang sudah tua terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil bebas di negeri ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- GX Bank Bhd (GX Bank) mengukuhkan peranannya dalam memajukan rangkuman kewangannya, dengan kira-kira 60 peratus daripada asas pelanggannya terdiri daripada segmen yang kurang menerima perkhidmatan, termasuk individu daripada kumpulan pendapatan 40 peratus terbawah (B40) dan 10 peratus daripada ekonomi gig.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 168,967 pemegang akaun ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Unit Yinson Holdings Bhd, iaitu Yinson Production telah menyelesaikan pembelian pinjaman projek berkaitan dengan kapal terapung pengeluaran penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) ‘Atlanta’ dari Brava Energia S.A untuk jumlah pertimbangan tunai kira-kira US$257.4 juta, termasuk faedah terakru.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang meningkat, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Capital A Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX) bersetuju melanjutkan tarikh akhir perjanjian jual dan beli saham (SSPA) melibatkan AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) daripada 31 Julai 2025 kepada 31 Ogos 2025 atau mana-mana tarikh lain yang dipersetujui bersama.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia terus menyusut kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus yang disaksikan pada Mei lepas, manakala inflasi teras kekal pada 1.8 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).