BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | 

Terdapat 1994 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah"

Sarawak Diunjur Catat Pertumbuhan 5-6 Peratus Pada 2024 -- Abang Johari

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.

Sektor Pembinaan Kekal Pertumbuhan Positif, Naik 22.9 Peratus Kepada RM41.1 Bilion Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024 berbanding peningkatan 20.2 peratus, berjumlah 38.9 bilion pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tarian Rakyat Tambah Elemen Kemeriahan Kepada Acara APEC Buat Kali Ketiga Di Peru

LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu. 

Pas MyTourist Dilancar, Mudahkan Akses Pengangkutan Awam Untuk Pelancong

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.

Peru Bersiap Sedia Jadi Tuan Rumah Minggu Pemimpin APEC Ke-31

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 10 Nov (Bernama) -- Ibu kota Peru, Lima bersiap sedia dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk menganjurkan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) ketiga, acara penting yang menekankan peranannya sebagai pengerusi forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini untuk meliberalisasikan lagi perdagangan dalam kalangan ekonomi serantau.

TNB Terajui Matlamat Malaysia Ke Arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.

Untung Bersih 99 Speed Mart Suku Ketiga Susut Kepada RM107.16 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart) bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 turun kepada RM107.16 juta berbanding RM111.05 juta pada suku yang sama tahun lepas. 

Pengerusi ASEAN: Malaysia Berpeluang Tingkat Kerjasama Sektor Takaful, Takaful Semula

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Untung Bersih Maxis Bagi Suku Ketiga 2024 Meningkat 27.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat 27.5 peratus kepada RM366 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (suku ketiga 2024) daripada RM287 juta dalam tempoh sama tahun lepas, didorong oleh pendapatan perkhidmatan yang meningkat dan pengurusan kos yang berhemat.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh penurunan rizab antarabangsa Malaysia, kata pakar ekonomi.

Sunway Malls Unjur Pertumbuhan 5 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.

Potensi Eksport Malaysia, Aliran Masuk FDI Dijangka Lebih Cerah Dengan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.