1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam aset kewangan pada 2023 dengan aset kewangan bersih per kapita mencecah EUR9,430 (1 EUR = RM4.6427), menurut Allianz Malaysia Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan untuk mengukuhkan pelaporan kemampanan di Pasaran Utama dan bagi Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran ACE, sejajar dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM, komited untuk menyediakan sehingga RM1.5 bilion dalam pembiayaan mampan menjelang 2027.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kekal memberangsangkan pada lima peratus tahun ini dan pada 5.2 peratus tahun depan meskipun berhadapan kemungkinan kecil kemelesetan global.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
BUTTERWORTH, 23 Sept (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd dijangka melebihi kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sasedharan Vasudevan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- PropertyGuru dan iProperty berharap Belanjawan 2025 nanti akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif perumahan yang ditujukan kepada masyarakat kurang mendapat perkhidmatan seperti segmen berpendapatan rendah hingga sederhana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd, melalui program eksport perniagaan (BEP) telah menjana jualan eksport tambahan lebih RM74 juta setakat 31 Ogos 2024, dengan 65 peratus syarikat memasuki pasaran eksport baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.