1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA), dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) hari ini mengumumkan langkah-langkah interim untuk membantu pemegang polisi/peserta takaful yang terkesan akibat penetapan semula premium/sumbangan baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis - Keraja -- Kerajaan bersama-sama dengan penginsurans dan pengendali takaful (ITO) serta hospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini, penurunan pertama sejak Ogos 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, meneruskan penyusutan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan pendekatan lebih berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah tahun depan, susulan penurunan 25 mata asas pada Rabu.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kyndryl Inc, membuka pejabat baharu di sini sekali gus membuktikan komitmennya terhadap pelanggan tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan cabang digital Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Digital Sdn Bhd dan cabang tenaga bersihnya, Gentari Sdn Bhd (Gentari), untuk memacu transformasi digital dan inovasi mampan bagi industri dan negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah seiring prestasi asas pasaran tunai.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga mengambil pendekatan berhati-hati dalam dagangan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.