BERITA TERKINI   Ekonomi kukuh bolehkan kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan rakyat, kesejahteraan sosial - PM Anwar | Projek Jalan Pintasan Semenyih sepanjang 4.3 km dijangka kurangkan kesesakan serius di kawasan sekitar - PM Anwar | Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | 

Terdapat 166 berita berdasarkan kata kunci carian "js-sez"

Anwar Bentang Belanjawan 2025, Memangkin Kekuatan Malaysia, Perkukuh Pembaharuan

Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei & Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

JS-SEZ Perkukuh Sinergi Ekonomi Malaysia-Singapura Sebagai Hab Global

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Dalam melangkah ke hadapan, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala demi meningkatkan lagi potensi pertumbuhan Malaysia dan Singapura.

JCorp Lancar Operasi Kontena Di Pelabuhan Tanjung Langsat

JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya JLand Group (JLG) telah melancarkan operasi kontenanya di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang dekat sini, semalam. 

Johor Catat Pelaburan Komited RM12.93 Bilion Suku Kedua 2024

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12.93 bilion sehingga tempoh suku kedua tahun ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pusat Data Muncul Sebagai Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelaburan pusat data (DC) adalah pemangkin yang membolehkan peningkatan kompleksiti ekonomi Malaysia dan memajukan kedudukannya di tangga teknologi, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Kerajaan Dijangka Peruntuk RM403.7 Bilion Untuk Belanjawan 2025 - TA Securities

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- TA Securities Holdings Bhd mengunjurkan kerajaan memperuntukan sebanyak RM403.7 bilion untuk Belanjawan 2025, masing-masing merangkumi RM305.7 bilion dan RM97.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

UEM Sunrise Capai Kadar Pengambilan Penuh Untuk Tiga Projek Bernilai RM499 Juta

ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.

Pelabur Tunggu Belanjawan 2025 Bagi Kerangka Kawal Selia "Family Office" Di Malaysia - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur sedang menunggu pengumuman mengenai kerangka kawal selia untuk menubuhkan “family office” di Malaysia, yang akan dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, menurut OCBC.