9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk memanfaatkan hasil tawaran awam permulaan (IPO) bagi meningkatkan infrastruktur saluran gentian optiknya kepada 767 kilometer di Sibu, Miri dan Bintulu dalam tempoh tiga tahun.
9bulan ago
KUCHING, 30 April (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd (Hartanah Kenyalang) telah melancarkan prospektus menjelang tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul RM19.3 juta berdasarkan harga IPO sebanyak RM0.15 sesaham.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) mengumumkan pelancaran skim insentif penyelidikannya yang diperluaskan, Skim Insentif Bursa Research Plus (Bursa Rise+), bagi meningkatkan kebolehlihatan dan profil korporat syarikat Malaysia terpilih.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Tawaran Awam Permulaan (IPO) WTEC Group Bhd terlebih langganan sebanyak 1.61 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 April 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd telah melantik Marcus Goh Kee Lun sebagai pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) manakala Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din sebagai pengarah bukan eksekutif bebas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pan Merchant Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk langkah tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE dalam suku kedua 2025.
9bulan ago
PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Perak dijangka menarik pelaburan sebanyak RM72 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
9bulan ago
SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.
9bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.