1tahun ago
SEREMBAN, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 21 Nov (Bernama) – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Bank Islam hari ini untuk menghulurkan bantuan kewangan serta perundingan kepada bakal usahawan dan komuniti asnaf dalam pulau bebas cukai itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Hubungan dua hala Malaysia yang baik dengan empat negara -- Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil yang dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak hanya membuahkan hasil, malah turut memudahkan misi kerajaan bagi menarik perniagaan dan pelaburan baharu.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia telah memaklumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai cadangan agar arkitektur kewangan antarabangsa (IFA) diubah bagi menyokong perdagangan bebas tanpa diskriminasi ke atas negara-negara kecil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan di Kenya terutama dalam sektor pertanian yang memerlukan teknik pertanian pintar dan pengetahuan perindustrian serta industri halal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama -- Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menyelaraskan ekonomi sebenar dengan perkembangan berterusan dalam pasaran modal ketika negara melakukan transformasi terhadap kerangka ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 7,900 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois dan 87 juta e-Invois telah dikeluarkan melaluinya setakat 19 Nov, 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.