Terdapat 3129 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Croesus IT Sasar Pengembangan Teknologi Perladangan Susulan Penyenaraian LEAP

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Croesus IT Holdings Bhd mengukuhkan tumpuannya terhadap teknologi perladangan sebagai pemacu pertumbuhan utama selepas penyenaraian di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengeluaran Dijangka Capai Kemuncak Musim

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan pengeluaran mungkin telah mencapai kemuncak musim, kata peniaga minyak sawit.

Farlim, Fortune Lander Bekerjasama Laksana Projek Di Pulau Pinang Dengan GDV RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.

Bursa Malaysia Tegur, Denda Dan Buang Dua Wakil Peniaga Kerana Melanggar Peraturan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua wakil peniaga kerana melanggar peraturan dan arahan berhubung konflik kepentingan serta seorang daripada mereka terlibat aktiviti perdagangan manipulatif dalam beberapa akaun pelanggan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar faedah AS minggu depan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.

Anak Syarikat Tanco Terlibat Dalam Projek Pelabuhan Kontena Pintar Ai Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd, melalui anak syarikatnya Midports Holdings Sdn Bhd (MHSB) dan MBINS Ventures Sdn Bhd (MVSB) menerima perjanjian induk (HoA) untuk membangunkan pelabuhan kontena pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bursa Malaysia Terus Berada Di Zon Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.